Followers

Friday, February 4, 2011

MARI MENGENALI ARNAB

Arnab atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai 'rabbit', manakala dalam bahasa indonesia dikenali sebagai 'kelinci'. nama saintifik bagi arnab pula adalah 'Oryctolagus spp'.
Arnab merupakan haiwan mamalia dan makanan utamanya ialah tumbuh-tumbuhan.
Arnab merupakan haiwan herbivor yang setiap seekor mampu menghabiskan 1 kg makanannya sehari sehingga menjadi musuh utama petani.
Sebagai haiwan mamalia arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak, menjaga dan menyusukan.
Fungsi telinga arnab yang panjang bertindak sebagai penyisih haba serta deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh. Manakala, untuk melarikan diri daripada musuh, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat.
Arnab boleh didapati dipelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra (kawasan gunung tanpa pokok), suhu sederhana, tropika dan juga kawasan gurun.
Terdapat lebih 72 spesies arnab yang telah dikenalpasti diseluruh dunia dan sebahagian besarnya terdapat di benua Eropah, Amerika dan Australia. Arnab yang terdapat di negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia asalnya dibawa oleh pendatang seperti penjajah, pedagang dan imigran.
Di habitat semulajadi, arnab hidup berkoloni dan tinggal dalam lubang yang digalinya serta membiak dengan cepat.
Usia matang arnab betina (doe) ialah sekitar 4-5 bulan manakala arnab jantan (buck) sekitar 5-6 bulan. Tempoh bunting arnab betina ialah antara 30-35 hari dengan purata bilangan anak 4-10 ekor dan akan mengawan semula 48 jam selepas melahirkan.
Jangka hayat arnab ialah 12 tahun dan jangka hayat produktif untuk membiak ialah sekitar 6 bulan hingga 3 tahun.
Bagi penternakan komersial, jangka masa produktif dihadkan kepada 2 tahun.
Berat anak arnab waktu lahir antara 30-80 gram. Manakala tempoh buka mata selepas 10 hari.
Purata berat matang arnab jantan 1-5 kg dan arnab betina pula 1-8 kg.
Tempoh menyusu anak arnab ialah 4-7 minggu.
Suhu normal badan arnab ialah 38-40 darjah celcius. Kadar denyutan jantung arnab 120-325 seminit. Kadar pernafasan pula 32-60 per minit.
Bilangan jari arnab ialah 18 jari iaitu 5 jari kaki depan dan 4 jari kaki belakang.
Arnab mempunyai 28 batang gigi. 
Arnab aktif pada awal pagi dan lewat petang.
Melalui buku ; Penternakan arnab (MARDI, 1995) kandunagn daging arnab:
Tenaga = 160kcal, Crude Protein = 18%, Lemak = 7.1%, Air = 71%, Kolestrol = 138mg/100gm. Daging arnab merupakan daging yang mempunyai kandungan protein yang paling tinggi, kaya dengan vitamin B12. Manakala kandungan kalori, lemak, kolestrol dan asid urik rendah. Mempunyai kandungan air tinggi berbanding ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu dan biri-biri.
Daging arnab dapat meningkatkan tenaga, memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel yang barudan meningkatkan kecerdasan otak.

5 comments: