Followers

Rabbit behavior

1 >>> Arnab mempunyai beberapa cara yang aneh untuk berkomunikasi. Seringkali bahasa tubuh memberikan erti yang berbeza bergantung pada situasi.

Misalnya arnab menurunkan kepalanya ke tanah mungkin bererti "Aku enj0y dapat dibelai" atau mungkin juga "jangan menyakitiku, kamu tuan dan aku berserah". 

Melompat-lompat sekitar sangkar
Melompat-lompat adalah ekspresi kegembiraan arnab. Ketika arnab kegembiraan, melompat ke udara, sering menghentakkan kaki. Tetapi mereka sering mengalami masalah pendaratan yang baik dimana mereka akan terlanggar dinding, peralatan ataupun tersungkur ke tanah. Pergerakkan mereka terlampau cepat.

Waktu arnab tidur
Kebanyakan arnab tidur di waktu siang. Mereka selalunya tidur dengan mata terbuka. Susah untuk memastikan samada mereka tidur ataupun tidak. Tetapi ketika tidur, hidung arnab berhenti bergerak. Manakala sesetengah arnab pula tidur dengan menutup mata tanpa pergerakkan dan kelihatan seperti mati. Kadang-kadang perkara seperti ini boleh menimbulkan keraguan.

Menghentak kaki
Arnab menghentak kaki belakang mereka untuk isyarat bahaya. Sesetengah arnab akan menhentak satu sahaja dan ada jugayang menghentak kedua belah kaki serentak. Arnab tidak mempunyai suara yang kuat, maka menghentak kaki merupakan cara mereka berkomunikasi. Kebiasaannya ini bermaksud mereka mendengar atau terlihat sesuatu yang boleh membahayakan contohnya : terlihat seekor kucing. Kemungkinan juga ketika anda memberi kejutan terhadap arnab dan menyebabkan mereka terkejut dan takut, arnab akan menghentakkan kaki menunjukkan kemarahannya. Arnab juga menghentak kaki untuk memberitahu penjaganya agar tidak memegangnya lagi. Kadang-kadang, arnab yang mahu mengawan juga akan menghentakkan kaki samada minta mengawan lagi ataupun tidak puas.

Cara arnab melihat persekitaran
Arnab akan berdiri menggunakan kedua kaki blakangnya untuk melihat persekitarannya dengan lebih baik. Biasanya, arnab berkelakuan begini apabila mendengar sesuatu yang menarik perhatiannya. Arnab juga menggunakan teknik yang sama untuk mencapai sesuatu yang tinggi contohnya mencapai makanan yang anda pegang.

Arnab berdengus
Arnab mendengus apabila ia merasakan dirinya dalam bahaya dan tidak dapat melarikan diri. Ianya juga memberi maksud bahawa arnab bersedia untuk menyerang. Kadang kala arnab juga berdengus dengan perlahan ketika arnab berlari-lari sekeliling anda. Ini menggambarkan bahawa arnab tersebut menyayangi anda.

Arnab menjerit
Arnab akan menjerit untuk mengekspresikan rasa takut yang melampau atau sakit. Arnab yang tidak pernah dipegang oleh seseorang mungkin menjerit dalam ketakutan. Arnab betina yg sedang mengawan juga kadang kala akan menjerit kesakitan atau ketakutan.

Arnab menonton tv
 Mereka mungkin tertarik pada gerakan di skrin.

Arnab makan najis sendiri
Ini bukan perlakuan buruk arnab tetapi anda perlu menggalakkan arnab memakan najis sendiri. Kerana, diet sayuran pun sukar untuk mencernakan makanan arnab dengan baik. Najis yang lembut dipanggil cecals. Arnab tidak dapat menyerap nutrisi melalui dinding usus, tapi masih boleh mendapatkannya dengan memakan cecals mereka sendiri. Tetapi jika anda menemui cecals yg banyak di litter box arnab, ini memberikan petanda tidak baik. Arnab perlu diperhatikan dengan lebih teliti.

Arnab menari
Arnab menari apabila senang hati dan merasa gembira.Kadang kala arnab menai di sekeliling tuannya atau arnab yg berlainan jantina dengannya. Ini menandakan arnab mahu mengawan.

Arnab mengusap dagunya disekitar sangkar atau bekas makanan
Arnab mempunyai kelenjar bau di bawah dagu mereka dan akan menggosok kelenjar bau mereka pada hampir semua tempat untuk menandakan wilayah kepunyaannya. Bahkan tuannya juga boleh ditanda. Tetapi bau yang ditandakan tidak dapat dihidu oleh manusia.

Arnab yang tidak suka disentuh
Sesetengah arnab takut kepada manusia. Jika anda sering mendukung arnab tetapi arnab tidak menyukainya, arnab akan melarikan diri daripada disentuh. Arnab juga merupakan haiwan yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Apabila anda berbaring, arnab mungkin akan datang untuk melihat apa yang berlaku.h, kemungkinan kelinci anda akan datang dan melihat apa yang sedang berlaku.

Bahagian yang suka dibelai oleh arnab
Arnab tidak suka disentuhpada bahagian hidung, mulut, perut, atau bahagian belakang. Tetapi arnab sangat suka jika dibelai dibahagian kepala dan dibahagian pipinya. Cuba urut kepala, arnab anda mungkin akan tenang. Kita juga dapat melihat ketenangan arnab apabila arnab memejamkan matanya.

Arnab berbaring flat
Salah satunya kerana ada sesuatu yang menakutkan. Selain itu juga, arnab mungkin berbaring flat kerana menurut perintah. Biasanya arnab akan berbaring flat ke lantai dengan telinga jatuh ke belakang badannya.

Arnab suka memanjat
Arnab sangat suka memanjat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingini. Termasuklah tangga, kerusi, tempat tidur dan sangkar arnab itu sendiri. Arnab melakukan ini untuk mendapatkan penglihatan yang jelas tentang persekitarannya.

Arnab mendengkur
Arnab boleh membuat suara mendengkur dengan mengetap giginya. Bunyi yang dihasilkan dengan lembut memberi maksud arnab sedang berbahagia. Jika arnab menghasilkan bunyi dengkuran yang keras bermakna arnab sedang kesakitan.




2 >>> MARI BELAJAR BAHASA ARNAB
1.Mengerik gigi yang lembut – Bermakna arnab anda Happy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.
2.Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy
3.Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar
4.Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja
5.menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.
6.Honking ( bunyi seperti angsa) – inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.
7.Mencium anda dengan perlahan – ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian
8.Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira
9.Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda
10.mengerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relex
11.makan najis – jangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien
12. menaikan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu
13.berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.
14.menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda, atau melompat keatas riba – minta perhatian
15.cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda
16.jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya
17.Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)
18.Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat
19.arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya
20.Jika arnab mempunyai sepasang arnab, dan yang jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia untuk megawan
21.Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera
22.Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.
23.Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.
24.Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit
25.terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan) atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian
26.perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah