Followers

Saturday, February 5, 2011

Kutu Telinga

Disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi. Ia mempunyai kitaran hidup selama 21 hari, dan telurnya menetas dalam 4 hari sahaja. Biasanya ia hanya menjangkiti satu telinga sahaja, dan jika tidak dirawat ia boleh merebak ke telinga yang satu lagi, seluruh kepala, tengkuk, bawah perut dan juga bahagian badan yang lemahh. Serangan oleh parasit ini menyebabkan telinga arnab gatal. Apabila arnab menggaru, kesan luka dari garuan itu adalah sumber makanan bagi parasit tersebut.


Simptom dan tanda kritikal
Gatal telinga, sering menggaru dan menggoyangkan kepala dengan kerap atau tanpa henti. Pada peringkat awal sedikit kupingan nipis akan kelihatan didalam telinga. Kupingan yang berwarna kelabu kekuningan sebenarnya adalah ratusan atau mungkin jutaan parasit, sel kulit dan darah.
Jika tidak mendapat rawatan pada peringkat ini kupingan nipis ini mungkin akan menjadi kerak yang keras yang boleh menjadi tebal sehingga 2cm dalam sesetengah kes. Kerak tersebit tidak boleh dibuang kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan terhadap arnab. Luka tersebut seterusnya akan menjadi lebih serius jika dijangkiti parasit dan boleh mandatangkan masalah lain.


Rawatan
Jika diperingkat awal, cuci telinga arnab dengan menggunakan kapas yang dibasahkan dengan minyak mineral atau minyak zaitun, biasanya 2-3 kali rawatan ia akan pulih. Jika semakin serius dapatkan rawatan daripada veterinar. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Biasanya selepas rawatan kerak akan tertanggal sendiri. Perlu diingat suntikan hendaklah diambil dengan berjadual kerana kitaran hidup kutu telinga adalah 21 hari. IVERMECTIN tidak membunuh telur, jika suntikan sebanyak 3 kali dalam 14 hari, ia mampu membunuh larva dari telur yang menetas.
IVERMECTIN yang dilarutkan didalam air dan diguna terus pada telinga yang berjangkit kurang berkesan untuk merawat gejala ini berbanding dengan kaedah suntikan atau oral.

Wryneck (kepala senget sebelah)

Penyakit ini boleh terjadi akibat daripada perkara-perkara berikut:


1. Bahagian dalam/tengah telinga arnab telah dijangkiti (Otitis media/interna)
2. Stroke (CVA - Cerebrovascular accidents)
3. Trauma
4. Cancer (Neoplasia)
5. Cervical muscle contraction
6. Encephalitozoonosis
7. Cerebral larva migran
8. Intoxication


1. Jangkitan Telinga
Jangkitan bermula dari luar telinga dan terus ke dalam telinga. Atau terdapat bakteria didalam mulut atau salur darah. Dengan menggunakan radiograph dibahagian kepala ia akan dapat dikenalpasti. Beberapa bakteria tersebut ialah Staphylococcus sp, Pseudomonas aeruginosa, Pasteurella multocida, Bordetella bronchiseptica, Proteus mirabilis, Streptococcus epidermidis, Bacteroides spp. and Escherichia Coli.
Rawatan : Antibiotic seperti enrofloxacin, chlorampenicol or penicillin G procaine with benzathaine. Jika tiada perubahan dalam 4 minggu, antibiotik perlu ditukar. Jika masih gagal dengan antibiotik, pembedahan harus dilakukan.
Steroid digunakan jika keadaan berlarutan untuk mengurangkan inflamasi. Jika arnab anda tidak mahu makan atau minum, anda perlu memberikan makanan dalam bentuk cecair menggunakan picagari.


2. Stroke
CVA terjadi terhadap arnab apabila berlaku kerosakan sebelah otak yang mengakibatkan sebelah kepala kebawah/senget, sebelah mata tidak berfungsi dengan baik, tidak boleh berjalan dengan normal atau bergerak didalam bulatan.
Rawatan akupuntur lebih sesuai berbanding antibiotik (diberikan sekadar mematuhi peraturan)


3. Trauma
Arnab mengalami kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi mengakibatkan kepala arnab senget.
Rawatan anti-inflammatory mampu membantu untuk pulih.


4. Cancer
Terdapat tumor dibahagian otak, tengkuk atau telinga.


5. Cervical muscle contraction
Tersalah urat. Akan kembali pulih apabila arnab kembali relaks atau bertenang.


6. Encephalitozoonosis
Encephalitozoon cuniculli, parasit protozoa boleh menyebabkan penyakit otak (meningoencephilitis dan microscopic cysts) Boleh menyebabkan lumpuh pada mana-mana bahagian badan.


7. Cerebral larva migrans
Baylisascaris spp ialah cacing daripada racoon dan skunk. Arnab mungkin termakan telurnya ketika makan rumput, didalam makanan atau dihabitatnya. Larva menetas dari telurnya dan terus ke otak arnab membesar dan merosakkan otak arnab. Tiada rawatan yang sesuai untuk dilakukan.


8. Intoxication
Boleh didapati didalam makanan contohnya makanan yang telah dicemari.

Selsema

Selsema yang dihadapi oleh arnab adalah desebabkan oleh bakteria dari GENUS PASTULLA. Jangkitan boleh merebak sehingga ke peparu dan telinga mengakibatkan radang peparu. Ia juga boleh merebak hingga bahagian tengah telinga dan mengakibatkan hilang keseimbangan badan serta masalah disekitar tengkuk. Rawatan awal ialah dengan memberikan antibiotik bagi mengawal simptom.


Perubahan cuaca yang mendadak boleh menyebabkan selsema berlaku. Tips meletakkan kain basah di atas sangkar juga berkesan pada cuaca panas bagi mengelakkan selsema berlaku.

Radang Mata

Sering menyerang anak arnab yang telah menjangkau usia beberapa minggu dan juga terdapat juga pada arnab dewasa. Radang ini berwarna merah, terutamanya pada kelopak mata atau selaputnya. Bulu dibahagian mata sentiasa lembap dan kadangkala keluar nanah. Penyakit ini disebabkan oleh serangan bakteria. Luka yang menyerang bahagian selaput mata akan lebih cepat merebak jika terdedah kepada debu yang kotor, habuk, gas ammonia dan asap.


Cara rawatan:
1. Bagi mengatasi, bahagian mata arnab perlu dibersihkan dengan cecair pembersih mata dengan menggunakan kapas. Setelah itu, titiskan ubat mata atau sapu bahagian mata dengan cecair antibiotik seperti Chlorampenicol.
2. Boleh diubati dengan membeli ubat sakit mata seperti  manusia juga. Terramycin amat berkesan jika dilumur dimata arnab dan berikan arnab makan antibiotik.
3. Boleh juga menitiskan eye mo pada mata rabbit.

PENYAKIT-PENYAKIT ARNAB

Penyakit arnab boleh disebab oleh beberapa punca antaranya adalah akibat dari jangkitan virus, bakteria dan parasit.

Jangkitan Virus
  • Infectious myxomatosis
  • Shope fibroma
  • Papillomatosis
  • Rabbitpox

Jangkitan Bakteria
  • Pasteurellosis
  • Yersiniosis
  • Listeriosis
  • Staphylococcosis
  • Mastitis
  • Pneumonia
  • Enterotoxaemia
  • Mucoid enteropathy
  • Tyzzer’s disease
  • Salmonellosis
  • Conjunctivitis

Jangkitan Parasit
  • Dermatophytosis
  • Coccidiosis
  • Tapeworm infection
  • Mite infestation
Penyakit Bukan Infeksi
  • Moist dermatitis
  • Cannibalism
  • Hair chewing/hairballs
  • Heat exhaustion
  • Broken back
  • Pregnancy toxaemia
  • Dystocia
  • Ulcerative pododermatitis
  • Dental malocclusion
  • Hydrocephalus




JANGKITAN VIRUS
INFECTIOUS MYXOMATOSIS
o Penyebab Myxoma virus (berkait rapat dengan virus cacar)
o Euthanasia (membawa maut)
o Jangkitan melalui gigitan nyamuk dan sentuhan
o Terjadi pada musim nyamuk membiak
o Tanda klinikal:
Conjunctivitis (inflamasi pada konjunktiva mata)
Anorexia (hilang selera makan)
Edema pada hidung, bibir dan mata

SHOPE FIBROMA
* Penyebab Fibroma virus
* Bawaan vektor (serangga)
* Tumor pada kaki dan tapak kaki
* Berbulan-bulan sebelum hilang sendiri

PAPILLOMATOSIS
* Penyebab 
     1) papovavirus
* Nodule berwarna kelabu putih bawah lidah dan lantai mulut
* Penyebab 
     2) Shope papiloma virus
* Ketuat di leher, telinga, bahu dan perut
* Pencegahan dengan vaksin

RABBITPOX
* Penyebab vaccinia virus
* Acute (secara tiba-tiba)
* Demam, nasal dan conjunctival discharge
* Ruam pada kulit
* Kematian tinggi


JANGKITAN BAKTERIA
PASTEURELLOSIS
* Kesan:
+ Abscess (nanah)
+ Snuffles (kesukaran bernafas)
+ Genital infection (jangkitan pada kemaluan)
* Penyebab Pasteurella multocida
* Berlaku bila stress
* Antibiotik berkesan hanya sementara
* Singkir arnab berpenyakit


YERSINIOSIS
* Penyebab Yersinia pseudotuberculosis
* Pembentukan nodules di hati, paru-paru, limpa dan usus
* Jangkitan melalui pencemaran
* Bersifat kronik
* Penggunaan disinfektan

LISTERIOSIS
* Penyebab Listeria monocytogenes
* Kematian dan keguguran dalam masa singkat
* Pinpoint foci pada hati,limpa dan uterus
* Penggunaan antibiotik dan disinfektan


STAPHYLOCOCCOSIS
* Penyebab Staphylococcus aureus
* Septicaemia (virus merebak dalam darah) dan kematian anak dalam sarang
* Suppurative inflammation pada kulit dan kelenjar susu (dewasa)
* Jangkitan melalui aerosol dan sentuhan
* Pemberian antibiotik

MASTITIS
* Mutu kebersihan sangkar
* Kelenjar susu bengkak
* Rawatan dengan penicillin
* Anak diberi susu gantian
* Singkir arnab yang tidak ekonomik (2 – 3 kelenjar susu rosak)

PNEUMONIA
o Penyebab:
o Pasteurella sp
o Klebsiella pneumoniae
o Bordetella bronchiseptica

o Ventilasi, sanitasi dan sarang yang kurang memuaskan
o Anorexia dan dyspnea (kekurangan selera makan dan kesukaran bernafas)
o Rawatan dengan oxytetracycline @ penicillin

ENTEROTOXAEMIA
* Penyebab Clostridium spiroforme
* Diarrhea
* Arnab berumur 4 – 8 minggu
* Tanda klinikal:
o Lemah, bulu kusut dan perut/ekor kotor
o Mati dalam 48 jam
o Usus dipenuhi cecair, dinding usus merah

MUCOID ENTEROPATHY
* Diarrhea pada semua peringkat umur
* Tanda klinikal:
o Najis diselaputi mukus, dehydration dan bulu kusut
o Constipation dan impaction pada cecum
o Bersifat kronik

TYZZER’S DISEASE
* Penyebab Bacillus piliformis
* Kematian arnab berumur 6 – 12 minggu
* Jangkitan secara oral (pencemaran)
* Tanda klinikal:
o Diarrhea, anorexia, dehydration dan kematian dalam 3 hari
o Necrotic enteritis (berhubung dengan radang usus)


SALMONELLOSIS
* Penyebab Salmonella typhimurium
* Jarang berlaku, tidak penting
* Berkaitan kebersihan sangkar
* Tanda klinikal:
o Anorexia, dehydration dan diarrhea

CONJUNCTIVITIS
* Pada jantan dewasa dan anak
* Penyebab Staphylococcus aureus @ P.multocida
* Rawatan dengan antibiotik ointment
* Kes selalu berulang



JANGKITAN PARASIT
DERMATOPHYTOSIS
* Jarang berlaku, tidak penting
* Pada kepala dan keseluruh badan
* Corak bulat, merah dan berkapsul
* Penyebab Trichophyton mentagrophytes
* Asingkan arnab yang dijangkiti
* Gunakan sulphur di kotak sarang dan iodine untuk sapuan

COCCIDIOSIS
* Penyebab
o Eimeria stiedae (hepatic)
o Eimeria magma, E. irresidua (usus)
* Yang sembuh jadi pembawa
* Jangkitan secara oral (pencemaran)
* Rawatan guna Coccidiostat dan disinfektan
* Tanda klinikal:
o Kematian tinggi, diarrhea, enteric lesion


PENYAKIT BUKAN INFEKSI
MOIST DERMATITIS
* Kulit basah ketika minum
* Mungkin kerana paip tidak sempurna, masalah gigi, sangkar kotor
* Rawatan:
o Gunting bulu
o Guna antiseptic powder
o Antibiotik bagi kes teruk

CANNIBALISM
* Ibu makan anak di sarang
* Akibat gangguan @ kurang makanan
* Singkir ibu yang bermasalah

HAIR CHEWING DAN HAIRBALLS
* Gumpalan bulu tersekat dalam perut
* Arnab jadi anorexia, kurus dan mati dal 3 – 4 minggu kemudian
* Cegah dengan beri makanan berfiber
* Tambah magnesium oxide dalam makanan

HEAT EXHAUSTION
* Ventilasi buruk menyebabkan kematian
* Pencegahan:
o Pengudaraan yang baik sewaktu dalam perjalanan, binaan bangunan dan bekalan air bersih
o Stok ternakan

ULCERATIVE PODODERMATITIS
* Sore hocks
* Akibat tekanan berat badan, lantai sangkar kasar
* Rawatan:
o Alas lantai
o Biak baka sederhana berat
o Jaga kebersihan lantai
o Iodine untuk sapuan

DENTAL MALOCCLUSION
* Kerosakan gigi
* Kesan dari:
o Suka gigit sangkar
o Pertumbuhan abnormal
* Arnab kurus sebab sukar makan
* Gigi dipotong tetapi selalunya berulang
* Singkir arnab bermasalah

Friday, February 4, 2011

MARI MENGENALI ARNAB

Arnab atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai 'rabbit', manakala dalam bahasa indonesia dikenali sebagai 'kelinci'. nama saintifik bagi arnab pula adalah 'Oryctolagus spp'.
Arnab merupakan haiwan mamalia dan makanan utamanya ialah tumbuh-tumbuhan.
Arnab merupakan haiwan herbivor yang setiap seekor mampu menghabiskan 1 kg makanannya sehari sehingga menjadi musuh utama petani.
Sebagai haiwan mamalia arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak, menjaga dan menyusukan.
Fungsi telinga arnab yang panjang bertindak sebagai penyisih haba serta deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh. Manakala, untuk melarikan diri daripada musuh, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat.
Arnab boleh didapati dipelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra (kawasan gunung tanpa pokok), suhu sederhana, tropika dan juga kawasan gurun.
Terdapat lebih 72 spesies arnab yang telah dikenalpasti diseluruh dunia dan sebahagian besarnya terdapat di benua Eropah, Amerika dan Australia. Arnab yang terdapat di negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia asalnya dibawa oleh pendatang seperti penjajah, pedagang dan imigran.
Di habitat semulajadi, arnab hidup berkoloni dan tinggal dalam lubang yang digalinya serta membiak dengan cepat.
Usia matang arnab betina (doe) ialah sekitar 4-5 bulan manakala arnab jantan (buck) sekitar 5-6 bulan. Tempoh bunting arnab betina ialah antara 30-35 hari dengan purata bilangan anak 4-10 ekor dan akan mengawan semula 48 jam selepas melahirkan.
Jangka hayat arnab ialah 12 tahun dan jangka hayat produktif untuk membiak ialah sekitar 6 bulan hingga 3 tahun.
Bagi penternakan komersial, jangka masa produktif dihadkan kepada 2 tahun.
Berat anak arnab waktu lahir antara 30-80 gram. Manakala tempoh buka mata selepas 10 hari.
Purata berat matang arnab jantan 1-5 kg dan arnab betina pula 1-8 kg.
Tempoh menyusu anak arnab ialah 4-7 minggu.
Suhu normal badan arnab ialah 38-40 darjah celcius. Kadar denyutan jantung arnab 120-325 seminit. Kadar pernafasan pula 32-60 per minit.
Bilangan jari arnab ialah 18 jari iaitu 5 jari kaki depan dan 4 jari kaki belakang.
Arnab mempunyai 28 batang gigi. 
Arnab aktif pada awal pagi dan lewat petang.
Melalui buku ; Penternakan arnab (MARDI, 1995) kandunagn daging arnab:
Tenaga = 160kcal, Crude Protein = 18%, Lemak = 7.1%, Air = 71%, Kolestrol = 138mg/100gm. Daging arnab merupakan daging yang mempunyai kandungan protein yang paling tinggi, kaya dengan vitamin B12. Manakala kandungan kalori, lemak, kolestrol dan asid urik rendah. Mempunyai kandungan air tinggi berbanding ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu dan biri-biri.
Daging arnab dapat meningkatkan tenaga, memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel yang barudan meningkatkan kecerdasan otak.

Thursday, December 16, 2010

SAYANGI ARNAB ANDA: BAGAIMANA ANDA MEMELIHARANYA?


Mengapa memelihara arnab? Anda mungkin memelihara arnab untuk dijadikan binatang kesayangan ataupun untuk tujuan ternak.
Arnab sebagai binatang kesayangan: Anda perlu menentukan bilangan arnab yang ingin dipelihara. Sudah tentu anda tidak mahu mempunyai arnab kesayangan sehingga 30 atau 40 ekor. Di sini anda mempunyai pilihan:

a) memelihara hanya seekor arnab
b) memelihara arnab yang sama jantina,
c) memandulkan arnab dengan bantuan doktor haiwan.

Sekiranya ini tidak diambilkira, arnab akan membiak. Ingatlah!, arnab boleh membiak dengan sangat cepat dan dalam masa yang singkat anda akan mempunyai terlalu banyak arnab. Anda boleh memilih samada untuk memelihara arnab kesayangan di dalam rumah atau di luar rumah. Sekiranya anda ingin memelihara arnab di dalam rumah, banyak perkara yang harus diperhatikan:

a) perlu melatih arnab untuk membuang najis dan kencing di tempat yang disediakan,
b) perlu mencuci tempat najis dan kencing ini selalu kerana bau kencing arnab agak kuat kecuali jika arnab sudah dimandulkan, baunya akan berkurangan,
c) perlu sentiasa menyediakan air bersih dan bekasnya dicuci setiap hari,
d) perlu menyediakan sangkar yang baik untuk arnab tidur,
e) perlu membawa arnab keluar untuk bersenam dengan membiarkan ia berlari dan melompat di luar rumah
f) sembunyikan wayar dan kabel elektrik dan talipon kerana arnab suka menggigitnya.

Sangkar,kandang atau cage
Jika anda memelihara arnab kesayangan di luar rumah, harus pula disediakan kandang yang baik dan mudah dibersihkan. Kandang yang biasa harus berlantaikan jaring dawai berukuran 1 inci x 0.5 inci supaya najis dan kencingnya tidak terkumpul di dalam kandang. Semasa arnab masih kecil, gunakan alas lantai berjaring halus. Jika tidak kaki arnab boleh tersepit di celah jaring lantai dan kemungkinan akan patah. Jika lantai kandang diperbuat daripada papan, arnab anda mungkin dijangkiti bakteria dan berkudis di tapak kakinya. Kudis ini biasanya bernanah. Saiz kandang yang sesuai ialah 2.5 x 2.5 x 2.5 kaki. Satu kandang untuk seekor arnab sahaja untuk mengelakkan pergaduhan dan kecederaan. Letakkan kandang arnab di tempat yang teduh, mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak panas, contohnya, tidak menggunakan atap zink. Sediakan sekeping papan kecil di dalam kandang anda sebagai tempat arnab baring kerana ia lebih suka baring di atas permukaan yang rata.

Makan dan minum
Penjagaan makan dan minum sangat penting untuk menentukan kesihatan arnab. Ketika berumur 1 hingga 3 bulan, anda boleh memberikan makanan arnab yang boleh dibeli di kebanyakan kedai runcit. Selepas umur 3 bulan, anda harus membekalkan sedikit sayur-sayuran, rumput dan sedikit buah-buahan, sekali-sekala (sajikan sayuran dan buah-buahan segar sahaja). Elakkan memberi kangkung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan arnab sakit perut. Arnab juga suka makan daun pisang, daun kelapa dan suka mengunyah rumput kering. Jika anda hanya menggunakan baja untuk arnab dewasa tanpa kawalan, arnab akan menjadi terlalu gemuk dan tidak menarik lagi. Kadangkala ia akan mengalami masalah sembelit kerana kekurangan serat dalam makanannya. Perlu diingat juga, arnab akan bersalin bulu setiap 3 bulan dan bulu yang luruh banyak yang tertelan ketika membersihkan dirinya. Jika di dalam makanannya tiada serat (sayuran dan rumput) arnab anda mungkin akan mati sakit perut! Ini disebabkan bulu akan bergumpal dalam tali perut (hairball) dan menjadi tersekat. Lebihan makanan mestilah dibuang setiap hari untuk mengelakkan kandang menjadi kotor dan berbau busuk.
Jangan gunakan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik kerana arnab akan menggigitnya dan menumpahkan air dan makanan. Gunakan bekas yang berat seperti mangkuk tanah liat atau pasu kecil. Air mestilah bersih dan digantikan setiap hari. Jangan lupa mencuci bekas air setiap kali menukar air. Arnab tidak akan minum air yang masam dan arnab yang haus akan berhenti makan.
Kandang hendaklah dicuci setiap minggu dengan menggunakan air bersih. Biarkan kandang kering sebelum memasukkan semula arnab. Sebaik-baiknya gunakan pembasmikuman yang boleh dibeli di kedai-kedai “pet shop”.
Jika kawasan rumah tidak berpagar, awasilah arnab anda ketika ia dilepaskan. Jika lalai, arnab anda mungkin diserang oleh anjing atau sesat dan tidak jumpa jalan pulang!
Arnab boleh hidup lama, sesetengahnya mencapai umur 5 hingga 8 tahun. Oleh itu, memelihara arnab sebagai binatang kesayangan bukan kerja yang mudah. Tugas memberi makan dan menjaga kebersihan serta kesihatan arnab setiap hari tidak boleh diabaikan. Jika tidak, ia bukanlah binatang kesayangan!

JANGAN:
a) Jangan mengangkat arnab di bahagian telinga;
Arnab tidak suka dipegang di bahagian telinga. Tambahan pula tubuh arnab berat tetapi tulang- tulangnya lembut. Arnab akan meronta jika dipegang telinganya. Jika ia meronta dengan kuat, kemungkinan tulang leher atau tulang belakangnya akan patah. Cara mengangkat arnab adalah dengan mencekup telinga sekaligus dengan kulit di bahagian belakangnya dengan tangan kanan, sementara tangan kiri mengampu di bahagian punggungnya. Jika arnab meronta-ronta, biarkan ia sebentar dan ulang semula pada masa yang lain.
b) Jangan sergah arnab anda;
arnab sangat sensitif kepada bunyi yang kuat dan yang memeranjatkan. Ia akan melompat dan berlari ketakutan. Arnab yang ketakutan mungkin tidak mahu makan untuk beberapa hari.
c) Jangan lakukan arnab seperti seekor kucing;
Anda tidak boleh melayan arnab seperti seekor kucing. Anda boleh memegang dan membelai arnab tetapi sesetengah arnab hanya suka dibelai tanpa dipeluk. Tendangan kaki belakang dan cakaran kaki hadapannya kuat dan boleh melukakan tangan. Berhati-hatilah!.
d) Jangan abaikan arnab anda;
Apabila membeli arnab, anda harus bersedia untuk menjaganya. Jangan beli jika tidak memahami bebanan yang mungkin anda tanggung. Jangan juga hadiahkan arnab (yang pada mulanya kelihatan sangat comel) kepada kanak-kanak yang tidak faham penjagaan arnab kerana apabila ia telah besar, comelnya mungkin akan hilang dan arnab itu diabaikan.


Arnab sebagai haiwan ternakan
Arnab telah lama dijadikan haiwan ternakan dan sumber protein yang baik. Dagingnya lembut, halus dan kurang lemak. Untuk memelihara arnab ternakan, anda harus memilih baka yang sesuai kerana tidak semua baka arnab baik untuk diternak. Baka yang baik mempunyai ciri-ciri:
a) cepat membesar – 9-10 minggu,
b) cepat membiak – 3-4 bulan,
c) induk mempunyai susu yang banyak,
d) bilangan anak yang banyak (10-12 ekor sekali beranak).
Dua baka arnab yang terbaik untuk diternak adalah:
a) New Zeland white
b) Californian white.
Arnab dari baka lain yang turut diternak adalah Standard Rex, yang biasanya diternak untuk industri kulit. Lebih 30 baka arnab yang lain biasanya dipelihara sebagai hobi, binatang kesayangan atau untuk tujuan pameran. Pastikan anda memilih baka yang betul!
Arnab yang dijual di kedai-kedai atau di pasar tamu biasanya sudah dikacukkan dengan pelbagai jenis baka. Baka arnab tulen boleh didapati daripada pembekal komersil atau melalui jabatan berkaitan. Perlu diingat bahawa ternakan arnab tidak dapat mendatangkan keuntungan yang cepat. Ia memerlukan kerja tekun sepenuh masa dan pengawalan yang rapi untuk mendapatkan keuntungan yang sederhana. Ternakan arnab yang dijalankan dengan sambil lewa akan membawa kerugian.

Ternakan kecil-kecilan
Ternakan arnab boleh dijalankan secara kecil-kecilan. Saiz kumpulan arnab untuk ternakan jenis ini biasanya di antara 50 hingga 100 ekor arnab pelbagai peringkat umur. Arnab boleh membiak dengan cepat, jika dibiarkan bebas, arnab anda mungkin akan beranak sebulan sekali! Untuk tujuan ternakan dan penjagaan yang baik, arnab betina harus diasingkan daripada arnab jantan sebaik sahaja ia beranak. Biarkan ia memelihara anaknya sehingga berumur sebulan sebelum dibenarkan mengawan semula. Dengan kaedah ini arnab dapat membesarkan anaknya dengan baik dan ia akan beranak sekurang-kurangnya 5 kali setahun. Jika anda memulakan ternakan anda dengan 3 ekor induk betina dan seekor jantan, anda akan mendapat sebanyak 90 ekor anak arnab setahun (purata 6 ekor seinduk sekali beranak dan beranak 5 kali setahun).
Mengawan: Arnab mengawan dalam masa yang singkat, kira-kira 2 saat sahaja. Arnab betina subur sepanjang masa. Oleh itu apabila mengawan, kemungkinan besar ia akan bunting. Arnab bunting selama 30-32 hari. Pada minggu kedua atau ke tiga selepas mengawan, arnab betina akan mula membuat sarang. Jika arnab anda bergerak bebas di atas tanah, arnab betina akan menggali lubang dan membawa rumput untuk membuat sarang. Ini harus diperhatikan kerana biasanya lubang sarang ini akan ditutup semula dan anda tidak tahu. Jangan biarkan arnab anda beranak dalam lubang tanah ini kerana anak-anak arnab biasanya akan mati kerana:
a) digigit semut,
b) dimakan oleh tikus atau kucing dan anjing,
c) lemas ketika hujan lebat.
Sebaik-baiknya, masukkan induk bunting ke dalam kandang pada akhir minggu ke empat. Berikan rumput kering dan letakkan sebuah kotak sarang di dalam kandang itu. Kotak ini boleh diperbuat daripada papan berlantaikan jaring dawai. Saiznya adalah 1.5 x 1 kaki. Arnab anda akan mula menyusun rumput dan membuat sarang di dalam kotak itu. Sehari sebelum ia beranak, ia akan mencabut bulu badannya untuk diletakkan di dalam sarang itu. Anda boleh menyaksikan peristiwa ia melahirkan anak pada hari ke 30 atau 31 selepas mengawan, iaitu sebaik sahaja ia selesai mecabut bulu. Jangan ganggu arnab yang sedang beranak kerana jika ia terperanjat, ia mungkin akan:
a) memakan anaknya,
b) melompat dan terpijak anaknya
c) menghentak kaki belakang (tanda awas) dan secara tidak sengaja terpijak anaknya.

Panduan
a) Jika induk kematian semua anaknya selepas 2 kali beranak, ia tidak sesuai dijadikan induk.
b) Anda boleh bahagikan anak-anak arnab kepada induk lain yang bilangan anaknya sedikit supaya anak mendapat susu yang cukup. Arnab baka New Zealand white boleh menghasilkan 10-12 ekor anak sementara baka Californian white boleh menghasilkan 8-10 ekor anak. Periksalah anak-anak arnab ini selepas sehari dan buang anak yang mati. Berikan bekalan makanan dan air bersih. Arnab biasanya makan sepanjang masa tetapi lebih banyak makan pada waktu awal pagi dan lewat petang.
c) Seekor induk boleh beranak dengan baik selama 2 tahun. Selepas itu gantikan dengan induk baru.
d) Arnab boleh menghasilkan daging yang elok selepas berumur 9 atau 10 minggu. Ketika ini dagingnya lembut dan halus. Selepas umur 10 minggu, ia membesar dengan perlahan tetapi kuat makan. Anda rugi jika menyimpannya terlalu lama.

Ternakan secara besar-besaran
Ternakan secara besar-besaran memerlukan pengurusan dan pemilihan baka serta penjagaan kesihatan yang khusus. Oleh kerana penghasilan anak arnab yang cepat, para penternak seharusnya menentukan jumlah ternakan yang sesuai berbanding dengan permintaan pasaran. Maklumat mengenai ternakan arnab secara besar-besaran boleh dibincangkan dengan pegawai-pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak di tempat anda.

Artikel ini telah diterbitkan sebagai sehelai pamplet dan diedarkan sempena Pesta Rumbia di Pantai Sawangan, Kuala Penyu 14-15 Ogos 1999. Maklumat yang terkandung dalam pamplet ini adalah sebagai panduan ringkas tentang pemeliharaan arnab. Orang ramai yang berminat sebaik-baiknya mendapatkan lebih banyak maklumat sebelum memelihara arnab samada untuk tujuan binatang kesayangan atau ternakan.