Followers

Saturday, February 5, 2011

Kutu Telinga

Disebabkan oleh sejenis parasit yang dikenali sebagai Psoroptes Cuniculi. Ia mempunyai kitaran hidup selama 21 hari, dan telurnya menetas dalam 4 hari sahaja. Biasanya ia hanya menjangkiti satu telinga sahaja, dan jika tidak dirawat ia boleh merebak ke telinga yang satu lagi, seluruh kepala, tengkuk, bawah perut dan juga bahagian badan yang lemahh. Serangan oleh parasit ini menyebabkan telinga arnab gatal. Apabila arnab menggaru, kesan luka dari garuan itu adalah sumber makanan bagi parasit tersebut.


Simptom dan tanda kritikal
Gatal telinga, sering menggaru dan menggoyangkan kepala dengan kerap atau tanpa henti. Pada peringkat awal sedikit kupingan nipis akan kelihatan didalam telinga. Kupingan yang berwarna kelabu kekuningan sebenarnya adalah ratusan atau mungkin jutaan parasit, sel kulit dan darah.
Jika tidak mendapat rawatan pada peringkat ini kupingan nipis ini mungkin akan menjadi kerak yang keras yang boleh menjadi tebal sehingga 2cm dalam sesetengah kes. Kerak tersebit tidak boleh dibuang kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan terhadap arnab. Luka tersebut seterusnya akan menjadi lebih serius jika dijangkiti parasit dan boleh mandatangkan masalah lain.


Rawatan
Jika diperingkat awal, cuci telinga arnab dengan menggunakan kapas yang dibasahkan dengan minyak mineral atau minyak zaitun, biasanya 2-3 kali rawatan ia akan pulih. Jika semakin serius dapatkan rawatan daripada veterinar. Biasanya suntikan IVERMECTIN akan diberikan. 3 kali suntikan dalam masa 14 hari. Biasanya selepas rawatan kerak akan tertanggal sendiri. Perlu diingat suntikan hendaklah diambil dengan berjadual kerana kitaran hidup kutu telinga adalah 21 hari. IVERMECTIN tidak membunuh telur, jika suntikan sebanyak 3 kali dalam 14 hari, ia mampu membunuh larva dari telur yang menetas.
IVERMECTIN yang dilarutkan didalam air dan diguna terus pada telinga yang berjangkit kurang berkesan untuk merawat gejala ini berbanding dengan kaedah suntikan atau oral.

1 comment: