Followers

Thursday, December 16, 2010

Diet seimbang arnab

  • Air yang bersih.
  • Pallet yang segar dan baik.
  • Jerami (Hay).
  • Sayuran (pilihan/ sila rujuk di bawah)
  • Kudapan (pilihan/ sila rujuk di bawah)

Perhatian: Segala perubahan diet keatas arnab haruslah dibuat secara beransur-ansur untuk mengelakkan gangguan masalah sistem penghadaman, contohnya apabila ingin menukar jenama sesuatu pallet, campurkan pallet yang lama dengan jenama yang baru dan teruskan dengan mengurangkan jumlah pallet yang lama dan menambah jumlah pallet yang baru selama tempoh untuk satu minggu.

Baby Arnab (sehingga umur 6 bulan)
  • Dari lahir hingga 3 minggu - susu ibu.
  • Selepas 3 minggu - susu ibu, perkenalkan Jerami alfalfa dan pallet secara beransur-ansur(kandungan kalsium yang tinggi didalam Jerami alfalfa membantu dalam tumbesaran tulang)
  • Selepas 4 minggu - susu ibu, tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
  • 8 minggu hingga 6 bulan - tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
  • 12 minggu dan ke atas - perkenalkan sayuran, pantau perkembangan arnab anda, pemberian dimulakan dengan satu jenis sayuran/tumbuhan hijau pada satu-satu masa. Jika terdapat perubahan di atas najis(menjadi lembik/cair) berhenti beri atau cuba beri sayuran yg berlainan jenis)

Remaja Arnab (6 bulan hingga 1 tahun)
  • Perkenalkan Jerami timothy atau Jerami yang lain (oat, 'brome', orchard, napier, decumbens, guetamala)
  • Kurangkan pemberian Jerami alfalfa, sehingga pemberian total kepada Jerami timothy. Jerami alfalfa mengandungi kandungan kalsium dan protin yang tinggi, tetapi kurang kandungan fiber, tidak sesuai untuk arnab meningkat dewasa, kecuali arnab anda kurang berat badan, sedang sembuh dari pembedahan, bunting atau menyusukan anak)
  • Kurangkan pemberian pallet dari 1/8 cawan ke 1/4 cawan bagi 2.3kg/5lbs berat badan (1 cawan = 250ml)
  • Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
  • Kudapan.(pilihan)

Arnab Dewasa Matang. (1 tahun hingga 6 tahun)
  • Tiada had pemberian jerami.
  • 1/8 ke 1/4 cawan pallet bagi setiap 2.3kg berat badan
  • Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
  • Kudapan.(pilihan)

Arnab Otai (selepas 6 tahun)
  • Teruskan diet arnab dewasa matang jika arnab anda tidak mempunyai masalah penurunan berat badan.
  • Tingkatkan kadar pemberian pallet jika masalah tersebut berlaku.
  • Jerami alfalfa boleh diberi kepada arnab yang mengalami penurunan berat badan, tetapi dengan hanya jika kadar kalsium adalah normal.

Jerami (Hay)
  • Jerami adalah komponen penting didalam diet seseekor arnab. Seharusnya jerami perlu ada selalu untuk arnab, seboleh-bolehnya 24/7.
  • Jerami membekal serat/bahan kasar untuk membantu sistem penghadaman untuk berfungsi dengan baik dan berkesan dari menghalang rintangan/masalah usus.
  • Gigi arnab tidak berhenti pertumbuhannya. Mengunyah jerami dapat membantu gigi tumbuh ditahap kepanjangan yang sesuai dan baik.
  • Variasi dan kepelbagaian jenis jerami memberikan kepelbagaian pergerakan mengunyah. Untuk itu, jika boleh, beri arnab anda variasi jerami untuk tumbesaran gigi yang sempurna.

Pallet
  • Pallet yang baik mestilah mengandungi kandungan protin yang rendah(14%-16%), tinggi kandungan serat(min: 20%), lemat dan kalsium seharusnya lebih kurang dalam lingkungan 1%.
  • Elakkan pallet yang mengandungi kekacang, biji benih/bijirin didalam kandungannya, ini membuatkan arnab anda montel. Kandungan lemak yang tinggi.

Sayuran dan Kudapan

Jika anda memilih untuk memasukkan sayuran didalam diet arnab anda, perkenalkan/beri satu jenis sayur untuk sesuatu masa. Mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu dan pantau bentuk/rupa najis arnab anda. Jika najis tersebut berbentuk sempurna dan bulat seperti selalu, anda boleh secara beransur-ansur meningkatkan jumlah pemberian sayuran. Jika najis arnab itu berubah rupa, menjadi lembik/cair, berhenti beri sayuran tersebut serta-merta, cuba beri sayuran dari jenis lain hanya selepas najis arnab anda kembali normal.

Perhatian!: Bertentangan dengan pendapat popular umum, lobak merah seharusnya tidak boleh dijadikan sebahagian besar kandungan diet arnab anda. Lobak merah mengandungi kandungan gula yang tinggi dan seharusnya cuma diberi sebagai kudapan/sampingan sahaja.Jadi jangan terpengaruh dengan kartun untuk memberi seratus-peratus arnab anda lobak merah, takkan boleh tukar jadi bugs bunny punya la~

Buah-buahan adalah kudapan yang paling sihat. Kudapan haruslah diberi dalam jumlah yang kecil dan minima, tidak lebih dari 1-2 sudu teh/sehari (sepotong sekali seminggu). JANGAN beri kudapan yang terlalu tinggi protin, karbohidrat dan lemak seperti biskut, sirial(koko crunch, cornflake dll), roti dan gandum seperti cikedis dan pasta. Coklat amat berbahaya dan beracun kepada arnab.

Seperti diketahui, jerami alfalfa amat digemari oleh arnab, boleh diberi sebagai kudapan sekali-sekala untuk arnab-arnab otai dan tua.

Tips/Cara menumpangkan anak ke ibu susuan.

  • Keluarkan ibu susuan(ibu yang akan diberi anak angkat) dari kandang/tempatnya.
  • Pilih anak tumpang(yang agak tersisih, perut agak kurus dan kempis).
  • Gosok-gosok atau belai-belai ibu tumpang bagi menenangkannya, disamping bertujuan memindahkan bau badan ibu tumpang ke tangan kita bagi urusan seterusnya.
  • Ambil anak tumpang tadi dan gosok-gosok/usap beliau ke badan ibu tumpang (tujuan bagi memindahkan bau badan ibu susuan yang baru ke badan anak angkatnya).
  • Ambil bulu-bulu yang terdapat didalam kotak beranak(nestbox) ibu susuan dan lumurkan keseluruh badan anak tumpang.
  • Akhir sekali, bolehlah meletakkan anak tumpang beserta bulu yang dilumurkan tadi kedalam kotak berkedudukan dicelah-celah adik-beradik angkatnya yang baru.

Monday, December 13, 2010

Pembikinan Reban....

Pembikinan reban bermula.... 

reban2 lama yg boleh d recycle...

0ld style...

tuan reban... huhuhu...

bermulalah rev0lusi reban baru yg lebih sistematik ngn aut0-feeder n pipe system....



sk0deng dri celah reban lama...


pipeline water feeder...

h0pe x liking...

b0ss ngn assistant yg setia...




fasa pertama reban wlup0n x sebesar mana...



tekun~





apabila pahat berbunyi...



water feeder...




perfect!





membakar sampah sekaligus menghapuskan nyamuk...


penghijrahan...







jiran tetangga...

r0oney...

new rabbit >> name : nyai!









setakat nih, ni jela yg termampu kami lakukan... wlup0n x sebesar mane, h0pe rabbit2 selesa n ckup mkn mnum... ade tezeki lebih, kami akn besarkan lg ladang kami...